Thursday, August 11, 2016

Program Affiliate Serius Media

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalamualaikum korangg!

Nak gitau korang yang ada satu lagi program Affiliate yang boleh menjana income korang sepanjang berblogging ni. Untuk pengetahuan korang, program ni telah dilancarkan oleh seorang blogger terkenal iaitu AHMAD FAIZ ! Korang nak tahu details pasal program tersebut jom kita terjah kat sini ---> http://program.seriusmedia.com/

Aku baru je daftar tadi. Actually program ni dah dilancar mulai Julai yang lepas. Hopefully ada rezeki untuk jana income lain plak pasni. InshaAllah. Dah, taknak cakap banyak, korang daftar je kat sit, bukan bayar pun! FREE je beb! Just tempek je iklan kat blog korang tu, takyah keje keras sangat. Kalau ada readers yang klik, so, secara tak langsung korang akan dapat komisyen dari iklan tersebut. Alaaa, macam nuffnang jugak and macam program affiliate yang lain jugak.

Pembayaran komisyen akan dibayar terus ke akaun bank korang pada 1-5 haribulan setiap bulan.

Ok, sila support abe kita ni! Daftar ramai-ramai hokeyh!
http://program.seriusmedia.com/
http://program.seriusmedia.com/
http://program.seriusmedia.com/

Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat. hehe!


Wednesday, August 10, 2016

Giveaway Friendship By Seindahcerita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 



Syarat-syarat


  1. Follow Blog | seindahcerita | Blog Suhailah Hamid | Blog Hazrina | Sally Samsaiman | Puan Gojes |
  2. Follow IG | nieylanadia | Sihatitunikmat | Eintan Nurfuzie | Hazrinaajer | Sally Samsaiman |
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  SALLY SAMSAIMAN  
  4. Follow FB | Eintan Nurfuzie |
  5. Jangan lupa letak blog seindahcerita dalam bloglist korang ya
  6. Buat satu entry bertajuk "Giveway Friendship By Seindahcerita"
  7. Letak sekeping gambar anda bersama sahabat dan cerita apa yang menarik tentang persahabatan anda..(cth : berapa tahun kenal, apa yang menarik tentang sahabat anda dan lain²)
  8. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  9. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
    atau
  10. Copy je semua code yang ade dekat ruangan kotak di bawah ni dan paste kan di HTML, dan publish. Senang kan.. :)
  11. Hadiah
    1. Wang Tunai RM20 x 3 Pemenang
    2. Sehelai Shawl x 1 Pemenang
    3. Top up RM10 x 3 Pemenang
    4. Top up RM5 x 2 Pemenang



yang ni bestfriend aku sejak zaman sekolah rendah lagi. Kitorang satu sekolah, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Sekarang ni masing-masing dah kerja dan we'all still contact lagi. Cuma kadang-kadang komitmen kerja yang menghalang untuk kitorang jumpa. Korang la sahabat dunia akhirat aku! Love u'oll geng! Rinduuuuuu....

 

Tuesday, August 9, 2016

ANIAYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalamualaikumm korang!

Aku bangun pagi ni, dengan satu pertanyaan besar,
.
"Camne sesetengah orang boleh tidur lena selepas menganiaya orang ek?"
.
Memikirkan kes-kes aniaya orang pun dah buat tidur tak lena,
Apatah lagi mun kita orang yang menganiaya,
Malah camner pulak orang yang dianiaya,
ermm.. ok lah, fikir-fikirkan la ek..
.

Monday, August 8, 2016

Lari dari masalah..??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Apa pernah kau lari dari masalah.
Dan akhirnya kau fikir kau bebas?

Tapi sedang itu,
Tak lama.
Masalah yang sama datang kembali.
Mungkin hadir dalam bentuk yang lain.
Tapi persis sahaja.
Sama.

Kau lelah.
Lalu kau bertanya pada Tuhan.
Apa sebab ujian yang sama dia berikan.

Dan akhirnya kau sedar.
Tuhan itu mahu ajar kau.
Untuk bukan lari dari masalah.
Tapi menyelesaikan.

Lalu andai kata satu hari nanti.
Dia beri ujian yang sama.
Saat itu kau tak perlu lari lagi.
Tapi sudah bisa menyelesaikan.

Dan katakan pada aku ujian yang mana Dia beri buat melemahkan?

p/s : Salam Hari Isnin. Semoga tidak lemau. Eh..?


Wednesday, August 3, 2016

Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist

Assalamualaikum korangg!

Arini nak join satu giveaway ni. Giveaway ni best sebab kita letak kata-kata hikmah yang motivate bukan saja diri kita sendiri malah pembaca yang lain.

Jom la korang, join!
klik je banner kalau nak join!
WORD yang saya selalu renung-renungkan berkaitan dengan kehidupan adalah KEMATIAN. Sedikit sebanyak boleh muhasabah diri yang selalu alpa dan lalai ni.

  1. SESUATU YANG PASTI


Dalam hidup ini, semua perkara boleh berubah.

Fikiran boleh berubah, cinta pun ada yang bertukar arah.

Kawan boleh jadi lawan, kesenganan boleh bertukar kesusahan, namun apa yang tidak akan berubah ialah semua orang pasti mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan KEMATIAN.

Kadang-kadang tazkirah yang panjang pun tak guna jugak, namun ziarah ke majlis kematian dan tanah perkuburan sudah memadai untuk melembutkan jiwa.

Kadang-kadang terlalu banyak berfikir dan berhujah, hanya menambah beban masalah. Mungkin apa yang perlu bagi jiwa ialah ziarah, membawa mata dan hati merenung kehidupan yang abadi.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat bersegmen yer! Thanks sudi baca and follow belog yang tak seberapa ni. =)


xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, August 2, 2016

Kita semua PENDOSA

Assalamualaikum korangg!

Dalam hidup ini tiada orang yang tidak melakukan kesilapan kan..?
Dalam hidup ini tiada orang yang tidak melakukan kebaikan kan..?

Oleh itu, janganlah mudah kita menghukum seseorang. Pandanglah seseorang dengan padangan kasih sayang, bukan kebencian.

Bencilah pada dosa yang dilakukan,
Bukan benci pada dia yang melakukan dosa.
Bawalah dia untuk lebih dekat kepada Allah saat dia terlalai dengan dunia.

p/s : Sekadar mengenang nasib diri. Kita semua PENDOSA

xoxo,
bercakap dengan bintang