Wednesday, May 30, 2018

BERAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Berat untuk berubah, berat lagi untuk kekalkan. Waima berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ramadhan, membuka banyak jalan-jalan kebaikan.

Setiapnya ada ujian dan cabaran. Istiqamah hari ini untuk kemudian hari yang lebih baik.

p/s : aku tak da rasa nak raya pun.


Monday, May 28, 2018

Catatan Isnin yang Lemau

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Tugas kita buat saja. Tunjuk saja jalan kebaikan. Tulis yang baik. Doa yang baik. Ucap yang baik.

Ada yang suka dan terima, syukur.

Bukan sebab mahu tayang kebaikan untuk dipuji apalagi dikeji. Selagi mana ia tidak bercanggah, buatlah untuk agama bangsa dan negara.

Di setiap kebuntuan pasti ada jalan keluar.

Morning Isnin yang lemau!

p/s : Petang ni ada appointment ngan doc lagi, last kot rasanya. Doakan aku okehhh.

Sunday, May 27, 2018

Bulan & Bintang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Malam ada bulan dan bintang. Matahari muncul tika siang. Begitu silih gantinya.

Tidak sama macam awak. Sentiasa ada dalam hati walau jauh pergi.

Semoga terubat,
Mat malem semua.
Mood tengah setup barang-barang untuk baking. Lama tak bersilat di Kitchen.

p/s : bulan dah lama hilang 😪

Friday, May 25, 2018

J A R I

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Sebagaimana jejari menuding ke arah lain. Sedar juga ada jari-jari lain menoleh ke arah kita. Setajam mana lidah menutur kata. Akan ada yang lebih menikam dan menusuk ke dalam hati.

Hidup punya timbang tara.

Molek percaturan. Baik kejadian. Pilih yang baik untuk yang baik. Pilih sebaliknya, juga untuk jadi baik. Tarik juga jari yang menjauh. Agar dekat bersama dalam kebaikan.

Semoga lancar semuanya. Diberi kekuatan dan kesembuhan. Terawat semua kelukaan. Diangkat segala duka. Baik dan terus membaik.

Assalamualaikum,
Mood nak balik..!


Thursday, May 24, 2018

senyum waima kau tak gembira

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Raih ruang-ruang bahagia

Senyum pada dunia waima kau tak gembira.

Hargai saja mereka yang benar-benar tahu dan mahu.

Hidup untuk kekal gembira. Bukan lama berduka lara dan pendam rasa.



Wednesday, May 23, 2018

H i d u p

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum bloggers and stalkers.

Bercakap lagi pasal HIDUP!

Hidup ini proses perbetulkan salah sendiri. Melalui ujian orang lain dan teguran-teguran musibah.

Bangunlah,

Rabu sudah ni.. Ada juga ke nak lemau lemau layan  blues. Malas-malas kakak tak mahu kawan dengan dia. Hee aci tak.

Eh, btw.. Alhamdulillah done untuk appointment petang tadi. Silap kakak ni ha, ingatkan arini appointment tu rupenye isnin aritu. Bertabahlah kene lecture dengan doc. Ampun ya doc.

Nextweek kakak akan jumpe doc lagi pada Isnin depan. Harap tak lemau, tak lupe. Hehe.

Doakan kesihatan kakak ni berpanjangan yer. Sebak pulak dengan ramadhan kali ni. Adakah yang terakhir?

Allahu, semoga Allah terima taubat ku. Bukakan kembali pintu hati kakak ni Ya Allah.


Goodnight everyone,
Have a new day with bless.


Tuesday, May 22, 2018

Sekadar merenung masa depan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum & hai bloggers & stalkers!

Nak bagitau ja, Hidup kita ni kan, biar lambat seperti kura-kura dari laju seperti arnab dan hidup dalam kesombongan. Sedang kura-kura boleh hidup, inikan pula manusia. Punya akal dan kudrat.

Janji tak putus usaha dan doa.

Semoga lebih cemerlang hari ini. Lebih semangat dan tabah. Lebih ilham lebih kudrat untuk mulakan hari baru. Sentiasa dalam rahmatNya.

Sekadar merenung masa depan.

Saturday, May 19, 2018

Salam Ramadhan 1439H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.
Hai semua blogger and stalkers!

Masuk hari ni dah 3 hari kita berpuasa. Tak terlambat la jugak nak wish korang semua selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah, dah seminggu juga kita di bawah kerajaan yang baru. Syukur.. rakyat semakin bijak memilih. ☺️ Eh, undi adalah RAHSIA! Tahniah Tun M! Idolaku sejak zaman sekolah. Siapa ada buku “Doktor Umum : Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad “ kita geng!!! Hehe. Aku punya malay version. Yela, english aku kelaut, so aku beli yang malay version bagi cepat faham. Hehe!🤭 banyak info menarik pasal Tun M dalam tu. Ramai yang nak pinjam buku tu dulu tapi aku tapis jugak la. Sebabnya banyak buku aku yang dipinjam sukar untuk kembali kepangkuan. Haha. Nak tagih kang, takut buat muka pulak member. So demi menjaga ukhuwah tu aku ignore je la. Hehe. Sekali lagi, tahniah Tun M!

Alhamdulillah juga, DSAI juga telah dibebaskan setelah beberapa tahun terpisah dengan keluarga. Siapa yang follow kisah DSAI dari dulu tahu la bagaimana semangat beliau memperjuanhkan Reformasi. Eh tak nak cakap pasal politik banyak sangat. Nanti belog kite kene kecam. Hikk!

Apa pun, pendapat aku sebagai rakyat Malaysia, kita semua inginkan kemajuan, inginkan keadilan. Waima siapa dan apa jua yang mahu dilaksanakan, suara rakyat jugak perlu diambil kira, perlu ditimbang, perlu didengari. Aku sebagai rakyat marhean mahukan yang baik baik saja.
Sesungguhnya, KARMA itu pasti. Wallahualam, apa yang jadi hanya mereka yang tahu. Sebgai rakyat malaysia, hubungan antara kaum itu yang penting bagi aku. Risau jugak aritu kot terjadinya lagi peristiwa 13 Mei. Nauzubillah, mintak jauh jauh la benda yang tak elok. Seram makk!!
Terima kasih jugak kepada mantan Perdana Menteri DSN atas sumbangan dan jasa beliau selama memegang jawatan PM. Aku tak nafikan, kerap beliau turun ke sarawak ketika beliau menjadi PM. Ada beberapa tempat telah dibangunkan, UTC & RTC untuk kami ni memang sangat berguna. Cuma dari segi ketirisan itu bukan tugas kami untuk menghukum. Biarlah pihak atasan yang mengaturnya. Agak terkilan bila baca macam2 komen hinaan dan kata-kata yang tak sepatutnya diucapkan kepada beliau. Kita manusia memang tak lari dari kesilapan. Walaupun aku bukan penyokong tegar BN or DSN, tapi hak untuk dihormati adalah hak semua. Ye aku bukan orang politik nak cakap benda macam ni. Tapi sekurang-kurangnya jaga bahasa dan adab. Kita tak tahu anak cucu kita nanti macamna kan.

sesungguhnya ramalan  aku benar belaka, kerajaan PH akan menerajui Malaysia, cuma sasaran aku tersasar untuk negeri sarawak. Hehe. Isu PRU lepas menyedarkan aku bahawa jangan terlalu selesa di kedudukan sedia ada. Ada ketika kita akan jatuh juga nanti. Hidup kita ni kan roda uolss..

Apa pun hidup juga perlu diteruskan. Panjang lagi Ramadhan ini untuk kita memohon keampunan pada Yang Maha Esa. Aku doakan agar pintu hatiku yang hampir tertutup ini juga mampu dilembutkan dengan doa. Semoga Allah terima taubatku, taubat orang2 sekeliling ku, dan lindungilah orang orang yang teraniaya.

Hadith Riwayat Al-Bukhari “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada ALlah swt, diampunkan dosa-dosa yang lalu.”

Salam 3 Ramadhan.

Tim.


Thursday, May 10, 2018

Salam PRU-14

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalamualaikum wbt.

Hai bloggers & stalkers!!
 salam PRU-14 semua buat Malaysia yang bijak memilih.

Masih tarik selimut atau belum tidur dari semalam? Ekeke.

Apa pun, hari ini tetap kita jalani dengan baik-baik. Usah siakan rezeki kali ini. Tetap kena usaha.

Ya Tuhan,
Pelihara kami seluruhnya. Semoga semua baik-baik saja.

p/s : Nak tahu jugak nanti, claim2 kami masih sekat juge ke kalau kerajaan yang baru ni? #sistanyajerr

Wednesday, May 9, 2018

Lirik Lagu Punye Cerita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 


Assalammualaikum wbt..

Hai bloggers & Stalkers!!

Korang tahu tak, bila seseorang minta kau dengar lagu yang dia bagi, itu sebab lirik lagu tu ada kaitan dengan apa yang dia rasa, tapi dia tak reti nak luahkan or sampaikan macamana kat ko. Tapi kan, ada orang ni tak paham. Ingat saje-saje kot kita bagi lagu kat dia. haha!

*kalau perasan posting di belog aku ni banyak lirik lagu. Haha, ok semua ni aku dedicate untuk ko. Ko je yang tak paham!!

Pahe ko idok?

Monday, May 7, 2018

Come back!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.

Hai bloggers & stalkers!

Aalhamdulillah, Tim kembali. But... Under recover and slowly back on track. It's a time for me to polish and shine again. Tudia. Pelat mat saleh dia mai dah. Kakak baru pulih dari sakit. 5 hari dah ngidap. Perit weh. Terbaring je kat rumah tak makan tak minum. kalau makan je muntah tak pun poo poo. Tambah pulak eksiden kereta baru ni. Adoii, dah jatuh di timpa tangga. Kereta aku teruk gilaa!!!! But aku ok, cuma dada je sakit sebab brek ngejut and terkena stering. dada. Sakit sikit je. Sakit lagi bila disakiti. Eh..?

alhamdulillah, aku waras lagi.

Baik dari sakit ini, macam-macam rasa. Pertama, kena banyak syukur. Bangun masih bernafas. Hirup udara bumi waima tak berapa bersih sangat sekarang ini. Penapis udara kuku kan ada. Hee... *ada yang tak paham ke?*

Terima kasih juga atas doa-doa kalian. Ada yang tak perasan pun awak tu lama tak online. Iyalah, ingat kau ctdk. Tak muncul 4 bulan ada yang sibuk nak tanya. 

Aku tak marah apatah merajuk dengan kau orang. Biasalah, kawan pun ada hal sendiri yang perlu diurus. Kiriman doa dan sepotong kata semangat pun sudah cukup dan memadai.

Sebolehnya berbaik sangka saja. Ada hari kita juga begitu. Mana mungkin dapat kita hadap semuanya. Ada terlepas pandang. Ada terkecil hati, ada terasa hati dengan kita.

Doakan ya kakak sihat sejahtera sentiasa yer. Dapatla update ape yang patut. Oh, nak gitau, ig aku dah ter"on" balik cuma malas nak bukak je. Aritu deactivate beberapa hari atas sebab tertentu. Tapi boleh pulak followers ko berkurang. Eh, ko ingat ko Janna Nick? Follower reramai juta-juta..? Ekekke. *kakak perasan* Nak delete akaun tapi sayang pulak gambar-gambar dalam tu. alahaii..

Now is my turn to come back. Ok, bagi jalan sikit. Kena libas dek Fairy Flaire aku tak jamin. Nak mula pinaukan mata kau orang. Tunggu ya. Haha!

p/s : aku ada beberapa barang nak letgo, which is IPHONE 7 PLUS (2ND USER), GARMIN FENIX 5 SAPPHIRE BLACK (NEW), MACBOOK air 11-inch (1ST USER), and ada beberapa small item yang aku nak jual. Eh jap, ni semua ORIGINAL ok. So, bila aku ada masa nanti, esok ke lusa, aku post pasal item tu ok.


Daa...!

Saturday, May 5, 2018

Ulangtahun Ekspedisi MBOR Bukit Sadok!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.

Hai bloggers & stalkers! Tiba-tiba terajin pulak apdet belog! weh waktu keje siot!! haha..
Jap tau, curik masa sikit je. Sebab tadi tak sempat rest. Banyak keje weh. Betul cakap orang, keje sampai bila pun tak akan pernah habis.

By the way, terbukak la facebook setelah sekian lama on and off. Haha. 2 hari lepas ulang tahun setahun Ekspedisi "The Malaysia Book Of Record" Program Pendakian dan Perkhemahan dengan menggunakan HAMMOCK paling ramai! Perrgh, jenuh weh nam ingat nama program. Hahah. Program tu anjuran Kelab Aktiviti Lasak Kenyalang (KALK) pada 29 dan 3 April 2017 yang lepas. Rasanya aku tak pernah kot share kat belog ni pasal tu kan..?

Ok meh, kakak nak share sikit. Actually aku register dengan 4 kawan aku yang lain, exofficemate aku masa kerja kat JKM dulu. Kitorang memang dah plan kaw-kaw punye lah start daripada iklan ni keluar. Antara yang terawal jugak membayar (based on list dorang bagi dulu la) hehe. Dalam masa yang sama aku share iklan ni dengan geng-geng gila-gila aku kat group. Actually semua jabatan yang sama cuma ade 2 orang member dah keluar jabatan dah. So, dorang pun pakat-pakat jugak nak pergi. Aku dah bagitau siap-siap yang aku tak join group dorang, sebab aku dah plan awal dengan exofficemate (member pompuan) aku yang tu. Oh, lupe nak bagitau yang member kat group tadi tu semua lelaki tau.

Dah beberapa hari sebelum pendakian bermula, sorang-sorang pulak member pompuan aku tak dapat join. At last tinggal la aku sekor-sekor. Hahahahahah! Tipu weh cakap tak sedeh. Sebab kitorang memang dah plan kaw-kaw dah dari mula bergerak sampai la ke peralatan dan makanan yang kitorang nak bawak. Tapi takpe, atas dasar memahami aku tak marah pun dorang. Cuma tak best la kalau nak gi sorang kan. Sebab semangat aku nak pergi tu tinggi, aku rasa aku nak jugak ikut ekpedisi tu. Mahal kot pengalaman tu!. Aku dah fikir kalau aku kene gi sorang pun takpe. Mesti ramai lagi peserta kan. SO aku on je la gi expedisi ni. Dan dengan muke seposen jugak aku bagitau member laki aku yang aku akan g sorang. Haha. Nak tak nak terpaksa jugak la ikut dorang. Padahal bukan main eksyen lagi aku cakap tak dapat join group dorang nanti. puiiii...! kene sendiri daaa.. kekekeke..

Macam-macam halangan dan cabaran jugak la berlaku sepanjang pendakian.
Nanti aku share gambar kat entry yang lain ok. Actually entry ni pun dah ditaip beberap hari lepas. Baru harini semoat nak post out.

Ok, happy 1st anniversary untuk semua team MBOR Bukit Sadok 2017!
Sumpah rinduuuuu!!



Tuesday, May 1, 2018

Salam Hari Pekerja 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Assalammualaikum wbt.
Salam hari pekerja semua bloggers and stalkers.
 Tak kisah la korang bekerja kerajaan ke swasta ke sendiri ke, surirumah ke, kerja jugak tu kan.
Btw, hari ni aku keje jugak. Keje aku bantai tido je. Semalam dah balik lewat kan. Hari ni pun kena kerja hantar report dari bilik gerakan. Tapi aku hantar dari rumah je. Kahkahkah. Pahtu tido.

Cuma bila pikir balik, orang cakap kalau orang yang betul-betul bekerja akan rasa nikmat cuti tu macamana, kalau yang kerja tah pape tu, cuti pun sama je macam kerja. Haha! Part ni aku sokong sangat.
Betul sangat dah tu weh!

Petang tadi settle running  walaupun tak sampai 3km. Yela bawak my nyawa, kena slow-slow je. Route pendek jugak sebab dia tak berapa sihat.
Ape pun selamat bercuti uolss.
Esok keje weh! Haha.🤣


P/s : orang kalau dah tak suka kita, dia akan carik point untuk nampak salah kite je.
Happy working!