Friday, October 6, 2017

Perempuan, lelaki dan kerjaya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

Uollss.. sebelum tido ni nak bagi korang berpikir kejap pasal dunia skang neh. Actually tak kira laki ke perempuan, same je sebenarnya. Bezanya, laki ni kalau kene tinggal boleh lagi survive. Perempuan ni? Haha. Korang pikir pikirkan laa including me!

Zaman sekarang kaum perempuan kena ada kerjaya dan pendapatan sendiri. Ia sebagai persediaan kau untuk masa depan nanti. Biar ada kerjaya, harta dan simpanan. Kalau apa-apa hal berlaku antara kau dengan suami, kau tenang je hadapi dugaan.

Kalau suri rumah, sekurang-kurangnya kau buat bisnes online, dropship, jual kerepek, serunding ke. Belajar buat kuih, menjahit. Biar ada kemahiran yang kau boleh guna nanti.

Biar ada sumber pendapatan sendiri. Jangan duk harapkan gaji suami je. Sekarang ni senang nak belajar kemahiran. Banyak kelas yang kau boleh pergi untuk belajar kemahiran.

Lelaki ni kalau datang bosan, gatal, ada perempuan melayan, bermadu la kau jawabnya. Ada jugak lelaki yang reti buat anak je, bila dah ramai tinggalkan bini terkapai-kapai besarkan anak sendirian.

Kau tak tahu kan kisah hidup kau nanti. Tapi bukan bermakna kita minta perkara yang tak elok berlaku. Cuma sebagai persediaan untuk diri kau sendiri dan anak-anak. Jadi, kau kena ada sumber pendapatan sendiri baru kau boleh berdikari meneruskan kehidupan.

Belajar betul-betul, bina kerjaya dulu. Jangan asyik nak bercinta je. Siang malam duk tanya pakwe, "B cintakan Ayang banyak mana?".

Kalau belum berkahwin jangan duk berkorban untuk pakwe kau je. Setiap bulan dia nak pinjam duit kau pun tak bagus juga. Kalau dah kahwin pun, suami suruh kau buat pembiayaan peribadi semata-mata nak beli TV LCD, pergi travel janganlah kau setuju.

Kalau suami bagi nafkah, bagi duit, boleh simpan. Simpan di Tabung Haji ataupun ASB. Buat beli emas ke setiap bulan. Ini tak, perabis duk beli kasut, beg takpun beli Tupperware je. Kah! Kah! Kah!


Sharing from #AmirSyahir! Gila tak deep doh!! Tak terasa lagi tak tauuu la nokkk.. 😂😂
Sharing is caring..! Mmuahciked!


SANDIWARA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 

SANDIWARA - XPOSE BAND




Andai Aku diberikan waktu
Akan Ku putarkan masa kembali
Biarpun Mustahil diriku
Akan Bersamamu

Disaat Aku hanyut menjauh
Terkapai Jatuh dilautan pilu
Ku Agungkan tentang diriku
Buat Kau kecewa

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Kesilapan Diriku
Kembali Kasih semula

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Biar Apa terjadi
Biarkanlah Ku tanggung sendiri
Kau Bicara tentang cinta
Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara

Sedang Aku hilang arah
Tinggal Hanya sandiwara
Kembalilah Kasih

Kembalilah Kasih semula



p/s : Layan beb lagu ni. eh, by the way, vocalist die not bad jugak. kikikikikiki..  Baru arini aku perasan muka vocalist tu betul2. Selama ni dengar lagu je. wakakakakakakaka! =D